Keputusan Rasmi Penuh Pemilihan PAS Bagi Sesi 2011/2013






Selepas tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu akhirnya berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS dengan memperoleh sebanyak 420 undi.

Kemenangan Mohamad sekaligus menggagalkan usaha penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya sejak 2005 apabila mendapat undi terendah pada pemilihan parti itu kali ini dengan 224 undi.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengiktiraf barisan kepimpinan baru parti itu sebagai 'kabinet pilihan raya' sejajar dengan hasrat dan kehendak perwakilan muktamar kali ini.

Sambil menyifatkan keputusan pemilihan tersebut sebagai simbolik kematangan ahli memilih pemimpin yang bersedia berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13 akan datang, Abdul Hadi yakin barisan kepimpinan baru itu berupaya membawa perubahan dalam PAS.

Berikut senarai penuh Jawatahkuasa kerja pas pusat yang terpilih bagi sesi 2011/2013 :

PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi

NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Jun 04, 2011

9 Komen:

  1. terkejut dengan kekalahan nasha... serius gua terkejut

    BalasPadam
  2. Salam.
    Tahniah kepada Mat Sabu. terkejut jgak tgk dia ni menang

    BalasPadam
  3. salam
    tahniah kepada semua yang terpilih

    BalasPadam
  4. salam..tak kisah lah siapa menang asal Islam itu menjadi tunggaknya..mungkin cara mereka bawa tu berbeza..apapun,tahniah! :)

    BalasPadam
  5. Tahniah
    Jawatan membawa amanah dan tanggungjawab. Teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama07 Jun, 2011

    baru best go bg mat........................

    BalasPadam
  7. Salam, saya cuma musykil dengan PAS. Mengapa tak digunakan sistem Syura' bagi memilih pemimpin PAS? Mengapa dibiarkan demokrasi berakar dalam PAS sedangkan demokrasi itu sendiri tidak Islamik?

    Adakah pemimpin dan ahli PAS rasa sistem Syura' tidak relevan? Biarlah mursyidul am yang mendapat kepercayaan semua orang memilih sendiri ahli Syura' yang beliau rasakan lebih baik, berilmu dan tinggi martabatnya di sisi Allah untuk menentukan pemimpin PAS yang akan, insyaAllah menaikkan Islam di Malaysia melalui PAS?

    Atau PAS hanya parti politik yang menggunakan Islam?

    Untuk pandangan yang lebih lanjut boleh refer - http://politik-kosong.blogspot.com/2011/06/pilihanraya-pas-dan-kemusykilan-sistem.html

    BalasPadam
  8. tak sangka sabu menang... apepun tingkatkan prestasi..

    BalasPadam
  9. pas hari ini adalah parti yang amat berbeza matlamatnya. parti ini tidak lagi serius dalam perjuangan negara islam nya. matlamat terkini adalah untuk memerintah malaysia bersama rakan-rakan parti yang bukan memperjuangkan negara islam. kepada kepimpinan pas, jawablah nanti didepan Allah akan pembohongan ini. kecewa tidak terhingga dengan sikap hipokrit kepimpinan pas selepas PRU 2008. apakah sudah hilang kepercayaan dengan janji allah?

    BalasPadam