Manusia Semakin Kejam | Datuk Sosilawati Di Bunuh



Dalam kita menyambut Aidilfitri penuh kegembiraan ada insan yang dalam tangisan menyambut Aidilfitri tanpa orang yang tersayang.Seperti semua sedia maklum kes pembunuhan seorang ahli perniagaan terkenal baru -baru ini benar-benar menggemparkan di saat kita menyambut Aidilfitri,Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain telah di bunuh secara begitu kejam oleh manusia yang hanya memandang wang ringgit melebihi nyawa manusia.Simpati dari saya buat semua ahli keluarga si mati, Al-Fatihah buat arwah semua,semoga roh mereka aman di sana..Wallahualam.

Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting, Ahad. Keempat-empat mereka dipercayai dipukul sehingga mati sebelum dibakar di sebuah ladang ternakan ayam dekat sini dan abu mayat dibuang di sebuah sungai di Tanjong Sepat, Morib di Banting. - FotoBERNAMA


Konflik perniagaan dipercayai menjadi motif kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu yang kemudiannya ditemui mati dipercayai dibunuh dan dibakar sebelum abu mereka dibuang di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, motif pembunuhan juga disebabkan hal berkaitan kewangan.“Kami sedang menyiasat mengenainya sama ada motif adalah masalah persaingan, hutang atau mungkin juga melibatkan perjanjian-perjanjian tertentu dalam perniagaan mereka,” katanya pada sidang media di sini, Ahad.Berdasarkan pengakuan empat daripada lapan suspek yang ditahan polis termasuk seorang peguam bergelar Datuk, Sosilawati bersama tiga individu lain mati dibunuh sebelum dibakar dan abu mayatnya dibuang di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.Pengakuan itu merungkai penemuan empat mayat di lokasi kejadian pada Sabtu namun masih belum dipastikan ia adalah Sosilawati dan lain-lain berikutan Jabatan Forensik PDRM dan Jabatan Kimia kini masih menjalankan siasatan.Berhubung wang tunai RM4 juta yang dipercayai dikeluarkan mangsa bagi membeli sebidang tanah di Pulau Pinang sebelum mereka dilaporkan hilang, Mohd Bakri berkata, polis akan menyiasat mengenainya.Ini kerana katanya, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap suspek yang ditahan.“Namun kemungkinan dipercayai berkaitan dengan urusan jual beli tanah,” kata Mohd Bakri.Selain Sosilawati, tiga individu terbabit adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.[mSTAR].
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, September 13, 2010

8 Komen:

  1. SALAM,
    MENGAPA AGAKNYA? MANUSIA SEMAKIN HILANG SIFAT KEMANUSIAAN ! BOLEH DIKATAKAN SETIAP HARI, BERLAKU PEMBUNUHAN ! INI DI BULAN RAMADHAN PULA ! DILAPORAN BERPUNCA DARIPADA PERSAINGAN PERNIAGAAN ! MOHON KEPADA ALLAH SWT AGAR MENUNJUKKAN JALAN KEBENARAN DAN LURUS KEPADA KITA SEMUA, AMIN !

    APAPUN, LF UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA TERLIBAT. ALFATIHAH.

    BalasPadam
  2. Salam sdra...

    Yang sudah kembali kepada~Nya moga Allah menerima dan mengampunkan dosa mereka. Dan yang terlibat dalam pembunuhan itu akan ada balasannya setimpal dengan perbuatan mereka. Bertaubatlah sebelum terlambat...

    BalasPadam
  3. Begitulah ketentuan dan kehendaknya.. semua disudah tercatat didalam pengetahuannya semoga kita semua mendapat pengajaran drpnya.

    BalasPadam
  4. sedih hati membaca kisah datuk susilawati..
    aku tidak faham...mengapa ada manusia yang sanggup melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan..

    dipukul...dibakar...

    Aku harap "datuk syaitan" itu tidak akan terlepas lagi dari undang-undang.
    Moga Allah beri balasan setimpal.

    Aku tak nak jadi macam kes Altantuya...Kes berprestij tinggi tapi entah ke mana.

    BalasPadam
  5. @Anonymous

    sesamalah kita mengambil iktibar
    dari apa yang berlaku kebelakangan ini..moga orang yang bertanggungjawab cepat di hukum

    BalasPadam
  6. @akuanakpahang

    Betul tu Yassin..
    moga ada pengajaran
    buat kita yang masih
    hidup ini.

    BalasPadam
  7. @Abd Razak

    Daki dunia selalunya
    menjadikan manusia
    lupa akan lumrah nilai
    kemanusiaan..nyawa ibarat
    tidak beharga lagi..
    wallahualam

    BalasPadam
  8. @luahfikiran

    nampak gayanya kembali ke jalan
    Allah dengan mengamalkan
    sistem perniagaan berlandaskan
    islam dapat mengatasi masaalah
    terkini ini..moga kita mendapat
    iktibar dari kisah ini

    BalasPadam