Senarai Lengkap Anggota EXCO (Bergambar) Kerajaan Negeri Selangor 2013

Seramai sepuluh orang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah jawatan hari ini. Upacara tersebut berlangsung di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.

Barisan anggota exco yang baru dilantik ini, membabitkan empat wakil PAS dan masing-masing tiga wakil DAP dan PKR. Bekas Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim (DAP, Sungai Pinang) juga dibariskan sebagai anggota Exco kanan untuk penggal kali ini.

Jawatan Speaker tersebut kini diisi wakil DAP Hannah Yeoh (Subang Jaya), manakala Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, Seri Setia) dilantik sebagai timbalan Speaker, menurut satu senarai yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Seorang lagi yang dilantik Exco kanan ialah wakil PAS Iskandar Abdul Samad (Cempaka), menurut Khalid yang mengumumkan perkara itu dalam sidang media selepas upacara mengangkat sumpah jawatan tersebut.

Berikut adalah senarai penuh anggota Exco Selangor:

Kewangan, Pembangunan Tanah & Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Penerangan, Jawatankuasa Adat Melayu
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Menteri Besar
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Iskandar Abdul Samad
Belia Dan Sukan, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
Dr Ahmad Yunus Hairi
Kebajikan, Hal Ehwal Wanita
Dr Rodziah Binti Ismail
Pendidikan Dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan
Dr Halimah Ali
Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa
Sallehin Mukhyi
Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan
Datuk Teng Chang Khim
Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu & Pemutihan Kilang Haram
Ean Yong Hian Wah
Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin
Ganabatirau Veraman
Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar
Wong Keat Ping @ Elizabeth Wong
Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi Dan Inovasi
Dr Daroyah Alwi
Speaker
Hannah Yeoh
Timbalan Speaker
Nik Nazmi Nik Ahmad

NOTA: Untuk senarai lengkap bergambar Exco-exco Kerajaan Negeri yang lain seluruh Malaysia sila KLIK SINI. Tahniah pada wakil-wakil rakyat yang telah dipilih untuk menjawat jawatan ini. Semoga segala janji yang telah diungkapkan sewaktu berkempen semasa PRU-13 yang lalu, akan dikotakan demi kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara amnya.

Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Mei 30, 2013

0 Komen:

Catat Ulasan