Bila Gula Naik Harga Rakyat Perlu Tahu?

Dalam Bajet 2013 yang baru dibentangkan tempohari, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak  mengumumkan pengurangan subsidi gula sebanyak RM0.20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini. Ini bermakna harga gula di pasaran akan naik dari harga terakhirnya RM2.30 sebelum ini.


Berdasarkan rekod, gula sebagai barangan kawalan telah mengalami kenaikan harga sebanyak empat kali sejak 1 Januari 2010 iaitu sebanyak RM0.20 sekilogram, RM0.25 sekilogram (18 Julai 2010), RM0.20 sekilogram (4 Disember 2010).

Kali terakhir kenaikan harga gula ialah pada 10 Mei 2011 (RM0.20 sekilogram) menjadikan harga runcit gula RM2.30 sekilogram sehingga kini. Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, apa yang perlu dilakukan oleh rakyat semua berikutan dengan pengurangan subsidi gula ini nanti?

  • Sebagai rakyat dan pengguna kita perlu membantu kerajaan dalam memantau harga makanan ekoran pengurangan subsidi tersebut berkemungkinan semua harga makanan dan minuman di dalam negara  akan dinaikkan oleh peniaga.
  • Rakyat adalah mata dan telinga kerajaan dan laporkanlah sekiranya berlaku kenaikan harga makanan yang tidak relevan kepada pihak Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  • Rakyat perlu tahu dan sedar bahawa pengurangan subsidi bukan bertujuan menambah beban mereka sebaliknya menambah pendapatan kerajaan dan demi untuk kebaikan kesihatan mereka sendiri.
  • Rakyat perlu belajar dan mula mengurangkan pengambilan gula kerana terdapat keluarga yang mampu bertahan menggunakan dua kilogram gula untuk tempoh sebulan dua. Gula memang manis dan sedap, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menjadi racun.
  • Kurangkan  pengambilan air bergas (minuman berkarbonat) yang diketahui begitu banyak kandungan gulanya dan mulakan cara hidup yang sihat dengan mengambil gula dalam kuantiti yang sedikit.

NOTA: Tindakan kerajaan mengurangkan subsidi gula ini, sebaliknya ia dilakukan ekoran statistik rakyat di negara ini yang kerap mempunyai penyakit disebabkan pengambilan gula berlebihan seperti kencing manis dan pelbagai penyakit berkaitan dengannya. Secara tak langsung, kedua pihak mendapat menafaat dari pengurangan subsidi ini, selain pendapatan kerajaan dari subsidi ini boleh digunakan untuk perbelanjaan negara kepada saluran yang lain contoh kenaikan pencen pesara kerajaan yang turut diumumkan dalam Bajet 2013.



Intipati Belanjawan Malaysia 2013



Tema Belanjawan Malaysia 2013 kali ini ialah, “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati". Walau pelbagai reaksi masyarakat tentang intipati Bajet 2013 kali ini, tetapi bagi saya, kalau ada duit apa pun jadi. Berikut ialah intipati Belanjawan Malaysia 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga merangkap sebagai Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.

* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
Sumber: BERNAMA

NOTA: Di manakah anda golongan yang mendapat menafaat dari Belanjawan Malaysia 2013 ini? Setakat ini, saya adalah golongan yang mendapat menafaat dari pemotongan cukai pendapatan. Selain itu sebagai generasi kedua Felda, saya mengintai-ngintai juga untuk mendapatkan rumah murah yang bakal dibina Felda sebanyak 20,000 unit rumah untuk generasi baharu Felda. Kalau bab rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar pada golongan belia, saya kurang setuju dengan kerajaan. Apa kata anda?




Selain Sedap Dimakan Ada Tentang Ikan Tuna Yang Mungkin Anda Mahu Tahu

Ikan tuna yang selalu kita jumpa di negara kita kebanyakan adalah dalam tin yang kita makan dengan roti atau dibuat sandwic. Ada pelbagai jenama di pasaran dan ikan-ikan ini selalunya telah dimasak dan sedia dimakan terus sebaik tinnya dibuka.

Daging ikan-ikan ini selalunya jenis yang hancur dan ditinkan dengan pelbagai cara, seperti dalam rendaman minyak zaitun, air, mayonis mahupun yang bercili. Jenama Cap Ayam antara jenama yang paling saya suka sekali terutama ikan tuna bercili.


Ikan tuna segar begitu mendapat tempat di negara Jepun kerana dagingnya dikatakan sangat berkhasiat. Ditangkap kebanyakan di Lautan Atlantik, ikan-ikan ini disejuk beku sebelum diekspot terus ke negara matahari terbit tersebut. Antara makanan popular yang menggunakan daging ikan tuna segar adalah sushi.

Ikan-ikan tuna selalunya ditangkap oleh nelayan yang menggunakan kapal yang besar dan penuh kelengkapan. Mereka akan ke laut sehingga berbulan-bulan semata-mata untuk menangkap ikan jenis ini sahaja. Anda boleh saksikan dalam filem The Perfect Storm yang pernah di tayangkan di pawagam, betapa susah payahnya nelayan ini menangkap ikan tuna.

 
 
Fakta Mengenai Ikan Tuna:

  • Ikan tuna sirip biru (Bluefin Tuna), adalah yang paling besar dan kuat, dengan panjang purata sehingga 458 cm dan berat maksimum boleh menjangkau 684 kilogram. Satu angka yang amat berat kan?
  • Ia juga ikan yang mempunyai kelajuan, badan berbentuk torpedonya dipenuhi otot yang kuat. Ini amat berguna apabila ikan-ikan ini perlu untuk menangkap mangsa dalam perjalanan jarak jauh mereka merentasi lautan Atlantik.
  • Jangan terkejut ikan ini agak mesra, tetapi bukan sesuatu yang luar biasa untuk spesies tuna yang berbeza boleh berenang bersama-sama di lautan.
  • Bluefin Tuna biasanya hidup di sekitar 15 tahun, tetapi jangka hayat terpanjang dianggarkan boleh menjangkau di antara 20 dan 30 tahun.
  • Bluefin Tuna Lautan  Atlantik hanya bertelur sekali setahun, dan ikan-ikan ini akan berhijrah semula ke Teluk Mexico atau Laut Mediterranean untuk bertelur.

Peluang Jadi Jutawan Segera Dengan Syarat Kahwini Lesbian

Jutawan perkapalan Hong Kong, Cecil Chao Sze-Tsung mengumumkan beliau akan menawarkan HK $ 500 juta (kira-kira RM 200 juta) kepada lelaki yang boleh menarik perhatian dan berkahwin dengan anak perempuannya Gigi Chao yang berusia 33 tahun, sumber South China Morning Post melaporkan.

 
FOTO: Cecil Chao kiri bersama anak perempuannya Gigi

"Ia merupakan satu dorongan untuk menarik seseorang yang mempunyai bakat tetapi tiada modal untuk memulakan perniagaan sendiri," menurut Chao kepada BBC. "Saya tidak kisah sama ada dia kaya atau miskin, apa yang penting adalah bahawa dia adalah seorang yang ikhlas dan baik hati," kata Cecil lagi.

Pengumuman itu datang hanya satu minggu selepas anak perempuan Chao tersebut telah mendedahkan kepada umum, bahawa beliau telah berkahwin dengan pasangan sejenis perempuannya selama tujuh tahun, Sean Eav, di Perancis pada awal tahun ini.

Menurut artikel itu, perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, walaupun ianya dilakukan di Perancis dan diakui di sana. Chao sendiri tidak akan memaksa Gigi untuk berkahwin dengan seorang lelaki tanpa kerelaan dia.

Gigi Chao sekarang menjalankan sebuah syarikat modelling, Haut Monde Talent dan syarikat perhubungan awam. Beliau adalah anak pertama Cecil Chao daripada daripada perkahwinan beliau dengan tiga wanita yang berbeza, menurut sumber Post Global. SUMBER



Belanjawan Malaysia 2013 | Live Streaming Online Budget 2013



Belanjawan Malaysia 2013 akan mula dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada tanggal 28 September 2012, hari Jumaat. Ramai yang tertunggu-tunggu apakah Bajet 2013 kali ini ada pengumuman yang menggemparkan semua orang.

Antara yang sabar menanti, adalah kakitangan awam kerajaan yang menantikan bonus tahunan mereka yang khabarnya sehingga 2 bulan gaji. Begitu juga mereka yang berpendapatan di bawah RM3000, menantikan BR1M pusingan kedua.

Anda semua boleh mengikuti siaran secara langsung Belanjawan Negara Malaysia 2013 di semua siaran TV percuma negara TV1,TV2, TV3 dan NTV7. Juga disediakan siaran secara LIVE STREAMING Online yang saya sertakan link di bawah.

• Live Streaming - http://www.treasury.gov.my
• Mobile Webhttp://www.treasury.gov.my/bajetmobile
• Pautan RSShttp://www.treasury.gov.my

Mungkin ramai juga tertunggu-tunggu, benarkah kerajaan akan mengadakan satu peraturan berkenaan kereta yang telah berusia melebihi 15 tahun, yang khabarnya perlu dilupuskan? Jika benar, hendak juga ketahui apa mekanisma yang akan diguna pakai nanti.

Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar hari ini, kenaikan harga barangan pengguna dan kos sara hidup yang semakin tinggi menjadikan kita semakin miskin. Saya tertunggu-tunggu juga apa langkah terbaik kerajaan berkenaan isu ini.

Terakhir sekali, PRU13 yang masih menjadi tanda tanya semua pihak sekarang ini, bilakah ianya akan berlaku? Adakah Belanjawan Malaysia 2013 kali ini, lebih terarah kepada itu. Harapan saya, walau apa yang akan diumumkan, kepentingan semua rakyat diutamakan oleh kerajaan Malaysia.




Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 MRSM Dan Institut Pendidikan Mara Sesi 2013




Adalah dipelawa kepada calon-calon untuk permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi tahun 2013 akan dibuka secara dalam talian (online), mulai 1 Oktober ini selama sembilan hari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat Mara, calon-calon yang berminat untuk membuat permohonan boleh mendapatkan keterangan lanjut dengan melayari laman web, www.mara.gov.my.

Juga telah dibuka bermula 21 September yang lepas sehingga 23 Oktober 2012, adalah permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan Mara (IPMa) Bagi Sesi Januari 2013. Anda boleh terus ke link yang diberikan untuk mengisi borang permohonan secara online.

  • Tarikh Tutup Permohonan : 23 Oktober 2012



Aduh..Malang Tidak Berbau Bila Cedera Ditimpa Wanita ?


 
Sumber FOTO
 
Pelajar Malaysia Cedera Ditimpa Wanita Dilapor Stabil
NEW DELHI 25 Sept - Seorang pelajar Malaysia, Mohamed Mushain Mohd Mashur yang dilaporkan cedera dalam satu kemalangan di Mangalore kini berada dalam keadaan stabil, menurut Konsul Pelajaran dan Latihan Malaysia di Chennai, Annie Sabrina Lasumin.

Beliau berkata pelajar tersebut berkeadaan stabil tetapi kata doktor beliau perlu menjalani satu pembedahan. Mushain yang berasal dari Pulau Pinang cedera apabila ditimpa seorang wanita yang cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Krishna di Jalan MG, Mangalore, Isnin lepas.

Wanita itu jatuh ke atas pelajar tersebut bersama tiga orang kawannya, Mohammed Shafik Shaffa’ee, Miur Zainul Arif dan Mohammed Nadzrin Shah. Dilaporkan jua wanita tersebut dalam keadaan kritikal dan kini berada di Hospital Yenepoya.

Rangkaian Mangalore Today News melaporkan keempat-empat mereka sedang berjalan menuju ke asrama mereka dari arah gim di Bejai apabila wanita muda itu yang dikatakan mengalami sakit mental sejak tiga tahun lepas dikenali sebagai Vandana Prabhu, 31, jatuh ke atas mereka. Baca seterusnya

NOTA: Mula saya baca tajuk berita di Utusan Malaysia itu, tertanya-tanya juga saya, "cedera ditimpa wanita"? Agak pelik dan pelbagai tanggapan awal saya mulanya berkenaan berita ini. Setelah membacanya, baru saya faham bahawa malang memang tidak akan berbau! Siapa sangka anda juga mungkin ditimpa orang yang terjun dalam cubaan membunuh diri. Simpati kepada mangsa, semoga beliau kembali sembuh seperti sediakala.


Ular Pelik Yang Ada 2 Kepala Depan Belakang ?

Ia berbunyi seperti sesuatu daripada filem sains fiksyen, tetapi untuk sebuah keluarga di Greenwood County, South Carolina, ular berkepala dua ini adalah sesuatu yang nyata, dan pengalaman ini benar-benar menarik perhatian ramai.


Perkara yang paling pelik tentang makhluk ini, kepalanya tidak berada sebelah menyebelah, tetapi kepala ular mempunyai satu kepala pada setiap hujung badannya. Kedua-dua kepalanya seolah-olah mampu untuk mengawal dan terdapat dua lidah selain empat mata.

Seorang pekerja menemui ular 'smallish' yang kelihatan ganjil berhampiran rumah di Savanna dan menyerahkan kepada saudara beliau Logan dan Preston. Kedua-dua kanak-kanak ini telah menunjukkan ular tersebut kepada rakan sekelas mereka, sumber Fox News 8.

Ular berkepala dua sebegini tidak pernah didengari sebelum ini dan menurut sumber National Geographic, kepala terbentuk sama seperti cara jenis kembar Siam. Biasanya, ular berkepala dua mempunyai kepala sebelah menyebelah, tidak seperti ular ini.

Ahli Biologi di Jabatan Ware Shoals High School mengenal pasti makhluk ini sejenis ular bumi yang tidak berbisa. Nasib baik, walaupun dengan dua kepala, jenis ular ini tidak merbahaya yang hanya tumbuh kepada kira-kira 10 inci sahaja panjangnya. SUMBER



Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan DiRaja Puteri Sultan Brunei 2012

 
Pengantin Diraja, Puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah diarak masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman, hari ini.

 
Pengantin Diraja, Pengiran Muhammad Ruzaini diarak masuk ke dalam Balai Singgahsana Indera Buana pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

 
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) dan Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha (kiri) berkenan bergambar dengan Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman.

 
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (lima, kanan) dan Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha (enam, kiri) bergambar kenang-kenangan bersama Puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan pasangannya Pengiran Muhammad Ruzaini pada Majlis Istiadat Perkahwinan Diraja di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.

 
Antara tetamu kehormat, isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor (kanan) beramah mesra dengan tetamu kehormat lain ketika Majlis Istiadat Perkahwinan pasangan diraja Brunei di Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan.
Foto : BERNAMA



Video Letupan Kecil Ketika Perlawanan Liga Juara AFC Sepahan vs Al Ahli


Rabu lepas, di Eropah bermulanya pusingan pertama Liga Juara-Juara Eropah, begitu juga di Asia, suku akhir Liga Juara-Juara AFC juga telah memulakan perlawanan pertama mereka, termasuk antara Sepahan dari Iran dengan Al Ahli dari Arab Saudi.

Walaupun perlawanan di Iran tersebut agak hambar dengan kesudahan perlawanan tanpa jaringan 0-0, satu kejadian yang menggemparkan telah berlaku dalam perlawanan tersebut dengan satu insiden yang tak di sangka.

Perlawanan pertama suku akhir tersebut terganggu apabila pengadil berlari ke luar untuk memeriksa serpihan dibuang di atas padang oleh peminat. Seperti yang anda boleh lihat dari  minit 1:05 dalam video di bawah.

Sebaik Sepahan midfielder Adel Kolahkaj mengangkat dan melempar keluar objek hitam jauh dari padang, ianya meletup. Ternyata bahawa objek adalah beberapa jenis bom mini atau mercun yang meletup bila terhentak.

Ini membawa perlawanan diberhentikan sementara sebelum pengadil dan penjaga garisan berbincang dan perlawanan di teruskan seperti tiada apa yang berlaku selepas itu. Jom layan video letupan tersebut.


NOTA: Nasib baik tiada di antara pemain di tengah padang yang tersepak dengan objek tersebut. Kalau tidak, saya pasti akan berlaku kecederaan yang agak teruk juga berdasarkan pada letupan tersebut. Kalau dah tercedera kaki pemain bola, kan dah susah nak cari makan? Apa punya orang, macam ni perangai pun ada? Memang tak patut betul!



Iklan Jawatan Kosong Guru J-QAF Pengambilan 2013



Kerajaan akan melakukan pengambilan seramai 3,384 guru J-QAF (Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain) untuk mengisi kekosongan di 2,054 sekolah rendah di seluruh negara dan akan diiklankan selama dua kali mulai Ahad ini.

Calon yang berjaya dalam temuduga akan menjalani latihan dua minggu di Institut Pendidikan Guru dan ditempatkan di sekolah-sekolah mulai 2 Januari depan. Mulai 2 Januari 2013 semua sekolah rendah termasuk di sekolah kebangsaan Jenis Cina dan Tamil akan ada guru J-QAF.

Pengajaran J-QAF bermula pada 2005 hasil idea mantan PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, namun kekurangan guru di sekolah rendah turut menyebabkan pengajarannya di sekolah menengah yang dijadual bermula pada pertengahan tahun ini ditangguhkan.

Guru-guru ini akan menjalani mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah selama satu setengah tahun bermula dari tarikh mereka berkursus. Ini bermakna sambil belajar dalam kursus perguruan mereka juga mengajar di sekolah tersebut.

Syarat utama ialah calon memiliki ijazah Pendidikan Islam dan berumur tidak melebihi 37 tahun. Maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang www.moe.gov.my mulai hari Ahad ini  23 September 2012.

Sumber : BERNAMA


 

Bayi Tercekik Susu? Cara Dan Tip Panduan Mengatasi

Beberapa minggu yang lepas, seorang bayi malang telah meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat asuhan kanak-kanak, dan semalam satu lagi berita menyayat hati, apabila seorang lagi bayi meninggal dunia akibat yang sama sewaktu di bawah asuhan seorang penjaga bayi.

Berita yang sungguh menyedihkan apabila saya membacanya. Memang benar, sudah takdir Allah kita perlu menerimanya. Tetapi tahukah anda, sebagai ibu bapa mahupun penjaga bayi, anda perlu juga belajar bagaimana cara menangani masalah ini apabila kita berada di situasi bayi tercekik?

  • Bagaimana Bayi Boleh Tercekik Susu?
Selalunya apabila seorang bayi tertidur semasa menghisap susu dari botol, susu tersebut akan terus mengalir mengakibatkan kemungkinan bayi tersebut tersedak dan susu tersebut masuk ke saluran pernafasan dan ini menjadikan bayi berkemungkinan tercekik susu.

Ianya berlainan sekali sekiranya bayi anda menyusu badan, kerana susu badan hanya keluar apabila bayi menghisapnya sahaja. Jika bayi tertidur ketika menyusu badan, susu ibu akan berhenti keluar dengan sendirinya.

  • Apa Anda Perlu Lakukan Sekiranya Bayi Tercekik?
Yang paling utama sekali anda jangan panik! Kemudian, terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti gambar di bawah.

Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

  • Bagaimana Caranya Melakukan CPR?
Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda. Butiran lanjut anda boleh saksikan video di bawah:


NOTA: Amalan meletakkan kain atau bantal menyokong botol susu dan membiarkan bayi menyusu sendirian adalah sangat merbahaya. Ini juga adalah salah satu punca utama bayi boleh tersedak susu. Apabila tersedak, bayi anda juga berpotensi mendapat pneumonia. Cara terbaik, sentiasa mengawasi bila bayi anda menyusu botol dan pastikan bayi sendawa selepas menyusu.



Kenali Top 10 Blog Di Malaysia Masakini


Hari ini ramai orang yang telah mempunyai blog di Malaysia. Dari budak kecil yang sudah tahu menulis dan membuka internet sehinggalah ke pak cik yang telah bersara, semuanya nak dan suka berblog. Termasuklah saya, blogger yang telah hampir 5 tahun aktif dalam dunia blogging.

Ada pelbagai niche dan jenis blog, kebanyakan adalah blog peribadi yang berkisar tentang kehidupan sendiri. Ada pelbagai bahasa yang digunakan, dari bahasa baku ke bahasa budak sekolah dan banyak juga menulis dengan bahasa "gangster", mahupun bahasa pasar je.

Tak kiralah apa pun niche dan jenis blog anda, yang penting kepuasan sendiri kan? Maka jadilah blog "syok sendiri", he he.. Asal ada kemahuan dan bahan cerita, maka terkirimlah pelbagai kisah di alam maya ini. Bila ada penulisan di blog, maka bertambah meriahlah dunia blogging seluruh negara.

Berkisah tentang blog popular dan menjadi Top 10 blog di Malaysia, saya menggunakan kayu pengukur Alexa Ranking, sama ada global mahupun ranking di Malaysia. Tidak termasuk laman web mahupun blog politik dan ini di antara Top 10 blog mengikut pandangan saya;

1. Beautiful Nara

    Alexa Worldwide Rank : 13,279
    Alexa Rank for Malaysia : 86

Mula saya jumpa blog ini saya ingatkan kepunyaan seorang perempuan, almaklum namanya pun "Beautiful" kan? Rupanya saya silap, blog ini ditulis oleh seorang lelaki bernama Abang Nara. Blog sensasi tentang cerita-cerita terbaru artis dalam dunia hiburan seluruh negara. Siapa sangka kan, blog sebegini paling disukai dan dicari orang ramai?

2. MyNewsHub

    Alexa Worldwide Rank : 15,571
    Alexa Rank for Malaysia : 80

Blog sumber berita yang selalu saya baca, banyak kisah terbaru dari pelbagai sumber di kumpul di sini. Jadi tak payah saya nak buka suratkhabar lagi dah. Sangat popular blog ini di Malaysia dengan ribuan peminat di Facebook dan ramai yang singgah di sini setiap hari.

3. Paultan

    Alexa Worldwide Rank : 15,734
    Alexa Rank for Malaysia : 111

Kalau anda rasa nak beli kereta bolehlah melawat laman blog ini. Tak jemu mata memandang dengan gambar-gambar terbaru kereta yang ada di sini. Dari kereta baru sehingga ke kereta terpakai ada banyak infonya di sini. Rasanya, kalau anda nak jual kereta pun boleh di sini?

4. Says

    Alexa Worldwide Rank : 19,401
    Alexa Rank for Malaysia : 104

Blog ini pada yang kaki fesyen, sukan dan berita terbaru. Lebih kepada laman perkongsian laman blog serata Malaysia. Anda juga boleh meyumbang cerita anda di sini dan menghasilkan trafik masuk ke blog anda. Program broadcasters di sini amat menarik, selain menyumbang anda juga boleh mendapat wang.

5. Blog Serius

    Alexa Worldwide Rank : 23,698
    Alexa Rank for Malaysia : 130

Apa pun ada di blog ini, dan ianya memang sangat popular di Malaysia walau hanya menggunakan platfom Blogspot sahaja. Lebih berkisar pada minat dan cara hidup dan semuanya SERIUS beb! Teknologi terkini dan pelbagai berita semasa pun ada.

6. Denaihati

    Alexa Worldwide Rank : 23,730
    Alexa Rank for Malaysia : 197

Bro Amir empunya blog ini, Denaihati. Com. Antara blog terawal yang saya selalu melepak kerana ada banyak ilmu blogging di dalamnya. Dengan  menyibukkan diri masuk kontest yang beliau adakan, sedikit sebanyak tempias trafik banyak juga masuk ke blog saya dari blog beliau. Selain terkenal dengan program kemasyarakatan beliau, blog ini juga ada kisah travel serata dunia.

7. Amanz

    Alexa Worldwide Rank : 28,364
    Alexa Rank for Malaysia : 133

Blog ini memang penuh dengan kisah gadget terbaru dan berkenaan internet seluruh dunia. Anda akan dapati, bila singgah di sini pasti tak jemu membacanya. Bukan mudah juga nak mencari bahan menulis kisah berkenaan dengan gadget ni. Tapi di sini, anda akan jumpa.

8. Ohbulan

    Alexa Worldwide Rank : 30,060
    Alexa Rank for Malaysia : 270

Blog Oh Bulan kalau saya baca, ada sedikit sebanyak macam blog  Beautiful Nara dengan kisah artis dan filem terkini. Kira gossip la nih! Tapi kalau anda nak tahu tentang fesyen, bolehlah selalu "melangut" di sini, tak rugi dan anda  tidak akan ketinggalan tentang fesyen lagi.

9. MyResipi

    Alexa Worldwide Rank : 36,302
    Alexa Rank for Malaysia : 327

Kalau rasa nak memasak, jangan lupa singgah blog ini yang sarat dengan resepi masakan. Kalau bulan puasa, saya rasa trafik masuk ke sini mencanak dan menjadi persinggahan wajib buat suri rumah yang mencari resepi masakan untuk juadah berbuka puasa. Tak tahu kenapa, bila masuk sini, perut saya selalu berbunyi, he he..

10. OH!Artis

    Alexa Worldwide Rank: 91,395
    Alexa Rank for Malaysia : 692

Ermm..nama pun Oh Artis, samalah juga macam blog Beautiful Nara dan Oh Bulan, kisah artis dan dunia hiburan menjadi penulisan utama di sini. Ternyata orang Malaysia cukup suka cari dan baca kisah berkenaan artis di alam maya. Maka, kalau anda rasa mampu menulis tentang kisah dunia artis, blog anda juga akan mampu menjadi seperti mereka satu hari nanti.



Filem Innocence Of Muslims Yang Menghina Nabi VS Filem The Message

Filem murahan berkontroversi 'Innocence of Muslims' berdurasi 13 minit, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, khabarnya tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang tadi.

Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya.

Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan sejak petang tadi. Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.

Beberapa individu sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dengan filem kontroversi anti-Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW, telah di kenali dan ada yang di berkas pihak berkuasa Amerika Syarikat, antaranya adalah:

  • Sam Bacile
  • Nakoula Basseley Nakoula
  • Steve Klein
  • Cindy Lee Garcia
  • Tim Dax
  • Alan Roberts
  • Terry Jones
  • Morris Sadek
  • Jimmy Israel
  • Vine Theater
  • John Walsh
  • Sheik Khaled Abdalla
Baca lanjut di SINI



NOTA: Setakat ini, kita di Malaysia masih boleh bersabar dengan penghinaan keterlaluan puak pelampau radikal yang sentiasa bermusuh dengan agama islam ini. Kita di Malaysia lebih mementingkan keamanan dan keharmonian hidup beragama. Memang agak pelik, masih ada pihak yang sengaja mengganggu sensitiviti agama lain, tanpa mereka sendiri sebenarnya benar-benar faham tentang agama lain, dengan sesuka hati membuat filem yang lebih kepada menghina. 

Saya akan rasa bangga bila ada filem barat yang membawa filem tentang perjuangan islam contoh filem 'The Message', walaupun majoriti pelakonnya bukan beragama islam, tetapi mereka benar-benar mengkaji dahulu sebelum menerbitkannya. Filem tahun 1977, lakonan bintang Anthony Quinn memang terkesan jika anda pernah menontonnya, bukan penghinaan seperti filem kualiti rendah filem 'Innocence Of Muslims' itu.



16 September : Selamat Menyambut Hari Malaysia!



Sambutan Hari Malaysia yang disambut pada tarikh 16 September merupakan kesinambungan kepada sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan yang disambut oleh semua rakyat Malaysia pada  tanggal 31 Ogos setiap tahun.

Kedua-dua tarikh ini akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai tarikh penuh bermakna lambang kemajuan, kemakmuran dan kestabilan negara Malaysia setelah 55 tahun merdeka dan 49 tahun penggabungan sebagai sebuah negara.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra bersama dengan beberapa pembesar-pembesar dari Sabah dan Sarawak telah bersatu hati dan bersepakat untuk menyatukan negeri-negeri yang dipisahkan oleh Laut China Selatan sebagai sebuah negara baru yang dinamakan Malaysia.

Tentangan daripada pihak-pihak tertentu pada ketika itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada penubuhan negara Malaysia, namun berkat kesabaran dan kesungguhan serta keinginan yang jitu untuk mencapai kemerdekaan, segala rintangan berjaya diatasi.

Sebagai generasi yang lahir selepas dari tarikh tersebut, hanya nikmat kemerdekaan yang kita kecapi kini, dan sewajarnya kita bersama-sama memelihara keamanan dan kesejahteraan berbilang bangsa di Malaysia. Selamat menyambut Hari Malaysia!



Cara Semak Keputusan Peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) 2012 SMS Online



Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan peperiksaan Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Julai akan diumumkan Khamis depan, 20 September 2012. Seramai 63,654 calon menduduki peperiksaan itu.

Keputusan peperiksaan tersebut boleh diperolehi di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi pada hari tersebut, manakala calon persendirian akan memperolehinya secara kiriman pos yang akan di hantar kepada pelajar.

Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888, mulai tengah malam 20 September atau melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarikh tersebut.

Tarikh tutup rayuan untuk menyemak semula keputusan MUET ialah pada 27 September dengan disertakan bayaran RM70 manakala tarikh tutup pendaftaran bagi menduduki MUET sesi November ialah pada 26 September.



Gambar Pasangan Prince Will Dan Kate Middleton Di Dalam Masjid KLCC

Duke dan Duchess of Cambridge, Prince William dan Kate Middleton telah melawat Masjid As-Syakirin di Taman Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kuala Lumpur pagi ini. Kate Middleton kelihatan mengenakan selendang putih semasa lawatannya itu. 

Pasangan ini kemudiannya bergerak ke bulatan pejalan kaki di Taman KLCC untuk menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian pelbagai etnik di Malaysia yang diselaraskan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). 


Foto: BERNAMA

Antara aktiviti yang dilakukan mereka sewaktu berada di perkarangan luar dewan solat Masjid As-Syakirin tersebut, adalah sesi menandatangai buku pelawat, melihat beberapa kakitangan masjid mengambil wuduk dan diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.



Lagi Gambar Prince William Dan Kate Middleton Di Malaysia


 
Duke Of Cambridge, Prince William dan Duchess Of Cambridge, Catherine Middleton sebaik tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. Pasangan Diraja berkenaan akan berada di Malaysia untuk lawatan istimewa dari 13 hingga 16 September ini. - Foto Bernama

 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama pasangan diraja Britain, Prince William dan Kate Middleton pada majlis makan tengahari bagi meraikan pasangan Duke dan Duchess of Cambridge di Seri Perdana, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Bernama

NOTA: Khabarnya kedua pasangan diraja Britain ini akan mengadakan lawatan selama setengah jam di perkarangan taman KLCC pada jam 10.30 pagi Jumaat 14 September 2012. Pada peminat kedua pasangan diraja Britain ini, bolehlah datang beramai-ramai menyaksikan secara langsung penampilan mereka berdua di sana nanti.


Gambar Prince William Dan Kate Middleton Di KLCC ?

Putera Raja Britain, Prince William dan isterinya Kate Middleton akan tiba di Malaysia untuk lawatan selama tiga hari, mulai 13 September hingga 16 September ini. Pasangan diraja itu memulakan lawatan diraja mereka selama beberapa hari bermula di Singapura, sebelum singgah di Malaysia, Solomon Islands dan Tuvalu.

Gambar terkini Prince William Dan Kate Middleton di Singapura - GAMBAR: ST

Menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Simon Featherstone berkata lawatan ini bersempena dengan sambutan Jubli Intan pemerintahan Queen Elizabeth selain ianya meraikan hubungan rapat Kuala Lumpur-London yang telah terjalin sekian lama.

Sepanjang lawatan, pasangan diraja ini akan ke KLCC Park untuk menyaksikan  persembahan kebudayaan, lawatan ke Menara Berkembar Petronas dan menghadiri majlis makan tengah hari bersama ahli dewan perniagaan British di Malaysia.

Kedua pasangan ini juga dijadual akan bertemu dengan KDYMM Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Negara dan akan bersama dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dalam makan malam diraja di sana.


NOTA: Pasangan diraja Britain ini memang menjadi perhatian ramai walau di mana pun mereka berada. Saya pasti apabila mereka mula menjejakkan kaki di KLCC nanti ramailah yang akan berpusu-pusu mencuba tuah untuk bergambar dengan pasangan ini. Itupun kalau boleh menghampiri mereka? Sudah tentu kawalan keselamatan yang ketat akan dilakukan pihak keselamatan KLCC di sana nanti. Jadi berpadalah, tak perlulah sampai ada yang kena tahan pihak berkuasa pula nanti ye?


Suspicious Sign In Prevented : Wordless Wednesday


Wordless Wednesday
www.zulkbo.com



Intipati Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Pelancaran Pelan Awal Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di KLCC semalam, disifatkan beliau satu pelan yang begitu komprehensif dan menyeluruh.

Sehubungan itu, langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti dan merangkumi semua golongan rakyat.

Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Pelan ini akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan. Maklum balas dari semua pihak amat dialu-alukan oleh pihak Kementerian.

Antara intipati Pelan Awal  Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 merangkumi beberapa perkara pokok yang perlu dijadikan realiti jika kita ingin menjadi satu bangsa yang boleh bersaing  selari dengan kemajuan.

BAHASA

- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM).

- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017).

- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun.

- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.

- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss)

- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.

- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.

- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.

NILAI

- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khidmat komuniti.

- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain.

- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

PERGURUAN

- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.

- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025



Muat Turun (Download) Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja melancarkan  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di KLCC sebentar tadi dan menyifatkannya satu pelan yang begitu komprehensif dan menyeluruh.

Sehubungan itu, langkah yang akan dilaksanakan oleh kerajaan itu adalah cerminan kepada generasi masa depan Malaysia yang lebih gemilang berasaskan pendidikan berkualiti dan merangkumi semua golongan rakyat.

Anda boleh memuat turun Laporan Awal Pelan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk mendapatkan segala butiran tentang pelan ini dan bersama mengkajinya. Segala pandangan amat dihargai kerajaan, sebelum ianya menjadi Dasar Pendidikan Negara yang baru menjelang tahun 2013.

Pelan Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025



Jadual Waktu UPSR 2012 : Sila Semak Ibu Bapa Semua


Pejam celik anak-anak kita yang berada di darjah  6 tahun ini 2012, akan mula menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bermula dari tarikh 11 September 2012 hari Selasa dan berakhir pada hari Khamis, 13 September 2012. 

Rasanya anak-anak semua, pasti sudah bersedia dengan alat kelengkapan peperiksaan kan? Jangan lupa pensil dan pengasah, begitu juga getah pemadam. Sedikit nasihat untuk adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok agar tidak diarah keluar dewan peperiksaan pula nanti :

  • Dilarang membawa sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  • Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  • Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

Selebihnya, semua ibu bapa bolehlah menyemak senarai jadual mata pelajaran yang bakal di duduki oleh anak-anak sepanjang UPSR yang berjalan selama 3 hari ini. Mana tahu ada nota-nota ringkas  untuk di hafal sebelum masuk ke dewan peperiksaan nanti.




Kebaikan Protein Dalam Kehidupan : Sumber Dan Cara Pengambilan

Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam tubuh kita. Ia membantu mata anak anda untuk melihat, mengecutkan otot dan pembekuan darah. Selain itu, ia membolehkan anak anda menjadi aktif dengan memudahkan tindak balas kimia melalui enzim dan melindunginya terhadap jangkitan. Tanpa protein, tulang, kulit dan rambut anak anda tidak akan mempunyai strukturnya.

PERANAN PROTEIN:
  • Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  • Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  • Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  • Mengangkut bahan-bahan seperti lipid, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  • Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.

SUMBER PROTEIN:


Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.

SYOR DAN PANDUAN DIET:

1) Berikan anak anda ikan dengan lebih kerap, setiap hari jika boleh. Untuk mencapai matlamat ini, berikan anak anda satu hidangan ikan sehari. Kurangkan pengambilan kerang-kerangan berbanding dengan ikan.

2) Tingkatkan pengambilan susu dan produk tenusu anak anda. Susu bukan sahaja merupakan sumber protein yang penting, ia juga sumber yang kaya dengan kalsium dan vitamin. Satu gelas susu segar (250ml) mengandungi kira-kira 8.5 gram protein. Tambahkan susu yang kurang gula dalam oat dan bijirin anak anda. Yogurt dan keju juga merupakan sumber produk tenusu yang baik.

3) Berikan anak anda daging, ayam dan telur secara sederhana. Pilih pelbagai jenis daging dan gunakan kaedah yang berlainan untuk memasak hidangan ini. Berikan anak anda makan telur dalam jumlah yang sederhana, sebanyak sebiji telur sehari secara puratanya (sendirian atau dalam masakan). Elakkan daripada memberi telur putih kepada anak anda yang berumur 1 tahun atau ke bawah.

4) Amalkan cara memasak yang lebih sihat untuk ikan, daging, ayam dan telur. Kaedah memasak yang disyorkan termasuk mengukus, merebus, merenih, memanggang dan membakar. Lebihkan mengguna herba, rempah dan limau nipis atau lemon untuk menambah perisa kepada hidangan-hidangan ini daripada menggunakan garam atau sos pekat.

5) Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih potongan daging dan ayam tanpa lemak. Buang kulit ayam dan lemak daging yang boleh kelihatan sebelum memasak.

6) Berikan anak anda kekacang setiap hari dan masukkan kacang dan bijian dalam dietnya setiap minggu. Kekacang seperti kacang pea, kacang dhal, kacang kuda, kacang soya dan kacang tanah mengandungi banyak protein dalam bijinya. Pilih pelbagai jenis kekacang serta produknya seperti tempe dan tofu untuk menyediakan makanan. Tambahkan kekacang dalam sup dan hidangan anak anda. Tambahkan kacang sebagai snek atau dalam hidangan utama seperti dalam sayuran tumis.

Berapa banyak protein yang anak anda perlukan?

Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia (RNI), jumlah pengambilan protein yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur di antara 1 hingga 6 tahun ialah 17 hingga 23 gram setiap hari. Kanak-kanak di antara umur 7 hingga 12 tahun memerlukan kira-kira 32 hingga 46 gram protein setiap hari.

KESEIMBANGAN:

Walaupun protein adalah sangat penting dalam diet anak anda, anda perlu ingat bahawa keseimbangan nutrien (contohnya karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan protein) adalah penting untuk semua orang, terutamanya bagi kanak-kanak yang sedang membesar. Untuk membina kekuatan, sel otot anak anda memerlukan aktiviti fizikal dan kesemua nutrien yang penting. Jika terlalu mengutamakan protein, anda mungkin tertinggal makanan dan nutrien lain yang juga sama penting.

Terlalu banyak atau terlalu sedikit dalam apa-apa jua perkara adalah tidak baik. Amalkan keseimbangan, kesederhanaan dan kepelbagaian dalam menyediakan makanan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang baik.


SUMBER: www.mypositiveparenting.org



Kerja Kurang Akal Apabila Kurier Diri Sendiri Dalam Kotak

Kadang-kala bila bercinta manusia boleh menjadi seolah seperti hilang akal. Inilah yang terjadi apabila seorang lelaki dari Chongqing di Selatan China, hampir mati lemas selepas "isyarat romantis" secara memberi kejutan untuk teman wanitanya menjadi sesuatu yang di luar jangkaan awal. 

Mr Hu Seng telah meminta seorang rakannya menutup kotak dengan gam pita selepas dia masuk ke dalam kotak itu supaya dia boleh menghantar dirinya melalui perkhidmatan kurier kepada teman wanita, Li Wang, kononnya sebagai kejutan pada beliau.

Walau bagaimanapun, sikap inginkan sesuatu yang romantis bertukar menjadi peristiwa yang mengancam nyawa bagi Encik Hu apabila syarikat kurier telah melakukan kesilapan alamat dengan penghantaran ke alamat yang lain, sebelum menghantar ke alamat yang betul akhirnya.

Menunggu 30 minit bertukar menjadi pengalaman pahit tiga jam seterusnya bagi Encik Hu. Kotak tersebut pula terlalu tebal untuk dia membuat sebarang lubang bernafas manakala  dia sendiri tidak mahu merosakkan kejutan tersebut dengan memanggil untuk meminta pertolongan. Menurut Mr Hu, "Saya tidak sedar ia akan mengambil masa yang lama."

Gambar yang dirakam rakan Mr Hu sendiri sebaik menerima kurier yang mengandungi Mr Hu Seng-SUMBER

Apabila kotak tiba di tempat Li Wang, rakan Mr Hu telah bersedia untuk merakam acara tersebut. Walau bagaimanapun, mereka mendapati Mr Hu tidak sedarkan diri dan sudah dalam keadaan pucat apabila mereka membuka pakej tersebut. Selepas itu, paramedik dipanggil ke apartment beliau untuk memulihkan Mr Hu. 

Syarikat kurier apabila dihubungi menjelaskan, mereka tidak sesekali akan menerima penghantaran yang sebegini jika mereka telah mengetahui terdapat seseorang di dalam kotak. Jurucakap itu berkata, walaupun untuk penghantaran haiwan sekalipun, bekas khas akan digunakan supaya mereka boleh bernafas dengan betul.



Kisah Wanita Yang Berani Kerat Putus Alat Sulit Lelaki


KISAH 1
Masihkah anda ingat dengan kisah dalam satu kejadian pada bulan Julai tahun 2011 lalu? Catherine Kieu Becker dari California ditahan pihak polis selepas memberi dadah kepada bekas suaminya sehingga pengsan sebelum Catherine mengikat mangsa di katil, memotong kemaluan lelaki itu dan mencampakkannya ke dalam tong sampah.

KISAH 2
Seorang wanita Peru menjadi berang dan cemburu akhirnya mengerat kemaluan pasangannya sebelum membuang alat sulit pasangannya itu dalam mangkuk tandas. Dia bertindak demikian selepas mendapat tahu lelaki itu bermain kayu tiga di belakangnya.

Huaman Julia Muoz, 41, memutuskan untuk membalas dendam terhadap pasangannya, Ramon Arias Apayco, 46, ketika mangsa sedang tidur. Huaman didakwa mengerat kemaluan teman lelakinya dengan pisau ketika lelaki terbabit tidur di sebuah asrama di Brena, sumber laman web The New Age.

Huaman yang cuba melarikan diri, ditangkap dan ketika disoal polis mengenai serangan itu, Huaman, mengaku mendapat tahu pasangannya tidak setia dan bertindak sedemikan kerana berang dan cemburu. Apayco dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi.

KISAH 3
Seorang wanita di selatan Bangladesh dianggap wirawati setelah mengerat kemaluan seorang lelaki ketika percubaan lelaki tersebut hendak merogolnya. Dia kemudiaannya membawa alat sulit lelaki itu ke balai polis sebagai bukti (Sumber-BBC). Insiden itu berlaku di kampung Mirzapur, Jhalakathi, kira-kira 200 kilometer ke selatan Dhaka pada Mei tahun lalu.

Monju Begum, 40, yang sudah berkahwin memberitahu polis di balai polis kemudiannya, seorang jirannya, Mozammel Haq Mazi telah menceroboh masuk ke rumahnya dan mula menyerangnya untuk cubaan merogol. Mozammel bagaimanapun menafikan tuduhan itu dan dimasukkan ke hospital berdekatan.


NOTA: Sesuatu yang amat berharga pada seorang lelaki apabila hilang dikerat sebegitu memang sudah tiada nilainya. Memang pandai wanita-wanita tersebut mencari kelemahan lelaki dan menghilangkan terus "kelakian" mereka. Jika di negara kita belum kedengaran lagi kisah seperti di atas. Agaknya kalau terjadi di sini, pasti kecoh kan? Ermm..




Blog Denaihati Bagi RM6300 Duit Raya Buat Rakan Blogger

Bro Amir empunya blog Denaihati telah mengumumkan para blogger yang mendapat Duit Raya sempena Syawal 1433H tahun ini. Sebanyak RM100 setiap seorang dan seramai 63 orang telah layak menerimanya, dengan jumlah keseluruhan RM6,300 berdasarkan entri 10 Entri Terbaik Denaihati yang telah di kirimkan serata blog sebelum ini sebagai syarat utama.

Memang benar jangkaan saya sebelum ini, memang tak sia-sia join program yang sering dianjurkan oleh blog Denaihati kerana bukan sahaja kita mendapat ramai kenalan rakan blogger seluruh dunia selain info dan panduan berguna berblogging turut sering dikongsi beliau. Kalau bab bagi hadiah sesama rakan blogger, Bro Amir dan Denaihati Network tidak pernah lokek.

 
Selain itu, program kemasyarakatan yang sering di anjurkan Bro Amir dan Denaihati Network, telah banyak membantu setiap insan yang memerlukan di seluruh negara termasuk masyarakat islam lain di luar negara. Yang terkini adalah Tabung Jejai(Rakan Blogger yg terkena Kanser Paru-Paru Peringkat Empat), Tabung Madrasah Tahfiz An Nuur dan Tabung Kemboja.

Kepada pemenang Bonus Aidilfitri 2012  Denaihati, tahniah buat anda semua dan apa kata kita semua infaq hadiah yang dimenangi kepada Tabung Jejai, empunya blog teratakarmo.com yang mengidap Kanser Paru-Paru Peringkat Empat atau Tabung Madrasah Tahfiz An Nuur atau Tabung Kemboja. Hari ini hari mereka yang memerlukan, siapa tahu hari besok, lusa kita pula yang memerlukan? Semoga Allah memberkati kalian semua, amin.



Semakan Senarai Nama Calon PLKN Sesi 2013 Online SMS

Calon SPM 2012 telah mula menduduki peperiksaan percubaan tempohari, termasuklah anak dara saya. Sudah mula kedengaran nama-mana yang mungkin tercalon sebagai salah seorang yang akan mengikuti kursus PLKN sesi tahun hadapan. Ada yang suka dan ada yang mungkin kurang suka dengan kursus ini.

Tetapi berlainan dengan setengah orang yang mungkin di sekolah aktif dengan aktiviti ko-kurikulum yang agak lasak seperti kadet polis, pengakap dan sebagainya, sudah tentu ternanti-nanti akan panggilan ke kursus PLKN ini. Jadi buat adik-adik yang  dah tak sabar lagi, bolehlah menyemak nama anda di pautan di bawah mana tahu ada tersenarai.
 



Adik-adik semua boleh juga membuat semakan secara Online SMS dengan mengikuti langkah-langkah seperti yang dinyatakan di bawah ini:
  • Taip PLKN SEMAK [Nombor IC]  hantarkan ke 15888.
  • Taip PLKN KEM [Nombor IC]  hantarkan ke 15888.

NOTA: Semakan senarai nama juga boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-40274747, dan untuk keterangan lanjut sila layari  laman sesawang  Jabatan  Latihan Khidmat Negara di http://www.khidmatnegara.gov.my/


Enhanced by Zemanta

Gambar Pakaian Istiadat Penganugerahan Negeri Pahang | No 1 Jacket | Mes Kit Jacket

Pakaian ini dikenali sebagai NO 1 Jacket, pakaian yang di pakai oleh Dato atau bakal Dato bergelar pada waktu siang, di hari penganugerahan pingat oleh KDYMM Tuanku Sultan  Pahang di istana. Selain dari pemakaian baju melayu bercorak tertentu, pakaian ini akan digunakan dalam upacara tersebut.


Pandangan dari pelbagai sudut pakaian istiadat NO 1 Jacket, negeri Pahang Darulmakmur. Pakaian istiadat bagi upacara penganugerahan di negeri Pahang agak berlainan dengan pakaian istiadat penganugerahan negeri-negeri lain di Malaysia.


Dikenali sebagai Mes (Kit) Jacket, jacket yang di pakai pada waktu malam di majlis makan malam, selalunya makan malam yang disertai bersama KDYMM Tuanku Sultan Pahang di istana.


Pandangan dari pelbagai sudut pakaian istiadat Mes (Kit) Jacket,  negeri Pahang Darulmakmur. Memang agak unik dari segi warna dan potongannya berbanding pakaian istiadat Mes (Kit) Jacket negeri-negeri lain di Malaysia.



Senarai Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Himpunan 55 Tahun Merdeka

Senarai Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Himpunan 55 Tahun Merdeka

Berikut adalah nama-nama pemenang bagi hadiah cabutan bertuah pada Himpunan Merdeka 55 Tahun : Janji Ditepati yang di keluarkan BERNAMA pada orang ramai yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
 
  
Proton Preve: Gambar Hiasan

    1. Sebuah Proton Preve (sumbangan Yayasan Al-Bukhary)
      No. Kad : 0267537
      Nama    : Normazaitul Akma
      No. KP: 910326-03-6250

    2. Sebuah Chevrolet Cruze (sumbangan Naza Motor)
      No. Kad : 0878282
      Nama    : Faizah Adam
      No. KP  : 930720-01-7056

    3. Dua tiket penerbangan MAS Kuala Lumpur-London/London-Kuala Lumpur (sumbangan sumbangan Khazanah Nasional)
      No. Kad : 0678968
      Nama    : Rosmawati Mohd Idrus
      No. KP  : RF 737549

    4. Dua tiket penerbangan MAS Kuala Lumpur-Sydney/Sydney-Kuala Lumpur (sumbangan Khazanah Nasional)
      No. Kad : 0863114
      Nama    : Muhd Fikri Muhamed
      No. KP  : 890922-14-5407

    5. Sebuah Motor Vespa Naza (sumbangan Naza Motor)
      No. Kad : 0073036
      Nama    : Siti Jalilah Salleh
      No. KP  : 580823-10-5748

    6. Sebuah Motosikal 125cc (sumbangan Naza Motor)
      No. Kad : 0212144
      Nama    : Nor Aini Othman
      No. KP  : 640609-03-5250

    7. Empat buah Motosikal Modenas (sumbangan Yayasan Al-Bukhary)
      No. Kad : 0466508
      Nama    : Mohd Rizal bin Jemain
      No. KP  : 741010-01-7059

      No. Kad : 0911951
      Nama    : Nurul Hidayah Zahran
      No. KP  : 891105-08-5170

      No. Kad : 0131997
      Nama    : Norafizah Osman @ Omar
      No. KP  : 821024-14-5844

      No. Kad : 0810413
      Nama    : Muhamad Haziq Haslan
      No. KP  : 920218-14-6451

    8. Tiga buah telefon pintar Blackberry (sumbangan Celcom)
      No. Kad : 0305803
      Nama    : Umirul Hafsham Kamarul Idzam
      No. KP  : 910504-08-6331

      No. Kad : 0087512
      Nama    : Chan Suk Yie
      No. KP  : 930505-08-5910

      No. Kad : 0873608
      Nama    : Saarani Haji Abdullah
      No. KP  : 451215-08-5607

    9. 10 unit Basikal Fixie (sumbangan Tenaga Nasional Berhad)
      No. Kad : 0572334
      Nama    : Ralston Anak Ngindang
      No. KP  : 830610-13-5563

      No. Kad : 0151735
      Nama    : Melisa Jerry
      No. KP  : 881117-13-5682

      No. Kad : 0833951
      Nama    : Tee Pei Jing
      No. KP  : 941105-01-5116

      No. Kad : 0911632
      Nama    : Intan Diana Abdul Razak
      No. KP  : 870109-08-5052

      No. Kad : 0841492
      Nama    : Ibrahim Mohd Ali
      No. KP  : 700829-05-5407

      No. Kad : 0779136
      Nama    : Khaw Hui Nee
      No. KP  : 940212-07-5654

      No. Kad : 0477552
      Nama    : Johari Ibrahim
      No. KP  : 730305-04-5221

      No. Kad : 0428921
      Nama    : Nor Hidayah Samingon
      No. KP  : 770210-01-6256

      No. Kad : 0309744
      Nama    : Nor Liyana Ramly
      No. KP  : 980411-14-5594

    No. Kad : Tiada penerima

    10.50 unit Huawei Tablet (sumbangan Axiata)
      No. Kad : 0975967
      Nama    : Saripudin Mohd Shariff
      No. KP  : 680225-04-5421

      No. Kad : 0308121
      Nama    : Mohd Damanhuri Mohd Nasir
      No. KP  : 810926-08-6085

      No. Kad : 0674972
      Nama    : Muhammad Firdaus Sudin
      No. KP  : 841009-06-5721

      No. Kad : 0928216
      Nama    : Nurul Shahrena Ali Munawar
      No. KP  : 971129-04-5034

      No. Kad : 0431735
      Nama    : Nur Suhaili
      No. KP  : 880405-43-5466

      No. Kad : 0332472
      Nama    : Mohd Zamri
      No. KP  : 780527-11-5323

      No. Kad : 0175177
      Nama    : Siti Atiqah Azizan
      No. KP  : 940408-02-5720

      No. Kad : 0363862
      Nama    : Mohamad Nor Zaini Basiron
      No. KP  : 820916-12-5019

      No. Kad : 0842595
      Nama    : Thaamarai A/L Marimuthu
      No. KP  : 931215-02-5252

      No. Kad : 0431305
      Nama    : Noor Hasniza Jalaluddin
      No. KP  : 960921-08-5394

      No. Kad : 0841166
      Nama    : Mohd Hazlam Ahmad Manan
      No. KP  : 790117-01-6137

      No. Kad : 0070772
      Nama    : Noor Atika Mohd Sani
      No. KP  : 950314-10-5868

      No. Kad : 0145462
      Nama    : How Moy Heong
      No. KP  : 570913-08-5120

      No. Kad : 0468711
      Nama    : Nadiana Bujang
      No. KP  : 810329-13-5336

      No. Kad : 0694746
      Nama    : Sarrah Noorema Sukri
      No. KP  : 850925-03-5178

      No. Kad : 0641231
      Nama    : Charmaine Bee Yi Pei
      No. KP  : 951108-10-6258

      No. Kad : 0118563
      Nama    : Khairani Asykeen Khairolanuar
      No. KP  : 880215-11-5656

      No. Kad : 0590851
      Nama    : Afzal Ahmad
      No. KP  : 850604-08-5991

      No. Kad : 0078294
      Nama    : Jamil Hassan
      No. KP  : 770401-08-5895

      No. Kad : 0891265
      Nama    : Zulfa Aziz
      No. KP  : 700430-05-5579

      No. Kad : 0885964
      Nama    : Mohd Saidi Ghazali
      No. KP  : 880413-11-5067

      No. Kad : 0461081
      Nama    : Poniam
      No. KP  : 520704-12-5274

      No. Kad : 0072748
      Nama    : Nurul Azyikin Aris
      No. KP  : 940426-03-6124

      No. Kad : 0249006
      Nama    : Izarina Kulub Mat Isa
      No. KP  : 830512-08-5064

      No. Kad : 0431800
      Nama    : Salina Amil
      No. KP  : 820605-10-5694


      No. Kad : 0794921
      Nama    : Chandramogan A/L Sugumaran
      No. KP  : 940701-02-5527

      No. Kad : 0791564
      Nama    : Aiman Qusyairi Ahmad Kamal
      No. KP  : 980515-10-7429

      No. Kad : 0334105
      Nama    : Raihan Rahmat
      No. KP  : 920730-01-6901

      No. Kad : 0565634
      Nama    : Hasnah Ab Ghani
      No. KP  : 651201-04-5280

      No. Kad : 0085385
      Nama    : Azli Najmi Zulkefli
      No. KP  : 981115-10-5445

      No. Kad : 0309305
      Nama    : Rosli Bakar
      No. KP  : 680701-10-6329

      No. Kad : 0967176
      Nama    : Nurizatulsima Mohd Ali
      No. KP  : 940102-14-5754

      No. Kad : 0078689
      Nama    : Yashir Husin
      No. KP  : 821102-01-6037

      No. Kad : 0815447
      Nama    : Norhafiefy Najiehah
      No. KP  : 980913-06-5914

      No. Kad : 0098626
      Nama    : Nur Shahira Mahat
      No. KP  : 001023-12-0422

      No. Kad : 0849043
      Nama    : Rosnani Hashim
      No. KP  : 650426-08-5940

      No. Kad : 0369622
      Nama    : Zahiah Md Alwee
      No. KP  : 790503-01-5386

      No. Kad : 0479387
      Nama    : Jamilah Kuasa
      No. KP  : 710622-04-5278

      No. Kad : 0942585
      Nama    : Azrol Anuar Abd Talib
      No. KP  : 970215-08-6137

      No. Kad : 0177699
      Nama    : Mirfat Hj Ahmad Hasan Salahuddin
      No. KP  : 821018-07-5384

      No. Kad : 0730880
      Nama    : Fatma Nabilah Kassim
      No. KP  : 910617-11-5004

      No. Kad : 0428539
      Nama    : Mohd Nur Hussin
      No. KP  : 750728-12-5483

      No. Kad : 0272211
      Nama    : Ismail Karsani
      No. KP  : 550314-01-5421

      No. Kad : 0204178
      Nama    : Mohd Firdaus Sulaiman
      No. KP  : 831115-05-5181

      No. Kad : 0824996
      Nama    : Aifah Syafiqah
      No. KP  : 970405-02-5378

      No. Kad : 0994021
      Nama    : Abdul Wahab Satar
      No. KP  : 730208-08-5803

      No. Kad : 0937687
      Nama    : Abd Rahman Shuada
      No. KP  : 770125-06-5723

      No. Kad : 0802335
      Nama    : Mohd Shukry Roslan
      No. KP  : 820814-05-5187

      No. Kad : 0088398
      Nama    : Nur Yasmin Che Japar
      No. KP  : 871223-08-6264

      No. Kad : 0891265
      Nama    : Zulfa Aziz
      No. KP: 700430-05-5579

(NOTA: Senarai pemenang mencatatkan No Kad: 0891265, Nama: Zulfa Aziz, No.KP: 700430-05-5579 memenangi Huawei tablet sebanyak dua kali). Tahniah buat semua yang tersenarai dan memenangi hadiah tetapi di mana nak ambil hadiah tersebut tidak pula dinyatakan oleh berita BERNAMA tersebut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...