Nur Amalina Che Bakri Yang Ku Kenali

 

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan.

Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. 

Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.

Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.(SUMBER)

ITU DULU dan menjadi kebanggaan saya sebagai seorang bangsa melayu islam yang mempunyai contoh anak muda seperti beliau. Bagaimana pula dengan gambar di bawah yang di katakan orang Nur Amalina Che Bakri yang telah jauh berubah semenjak belajar di luar negara? Harapan saya, gadis yang berpelukan mesra dengan lelaki yang sudah tentu bukannya orang melayu ini, bukannya Nur Amalina Che Bakri.


Mati kayu kerana benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu kerana malu
Kalah Melayu kurang pekerti










Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Selasa, Januari 03, 2012

38 Komen:

  1. Saya amat berharap gambar ni bukan dia..
    Kalau betul dia.. saya doakan dia segera kembali ke pangkal jalan..
    Amin~

    BalasPadam
  2. @ISZA

    Amin..
    doa yang sama dari saya
    juga buat beliau..sedih
    kalau betul itu beliau..

    BalasPadam
  3. bila kita memandang orang terlalu tinggi

    BalasPadam
  4. @... Wafa Awla ...

    Sedihnya kalau anak bangsaku
    tidak tahu membawa diri di
    rantauan..

    BalasPadam
  5. hope that is not her..

    BalasPadam
  6. Salam, sedih juga.. kita doakan semoga beliau tidak seumpama itu :(

    BalasPadam
  7. Hai ..Nur Amalina .. biasa2 jer ni..

    BalasPadam
  8. Salam, bila harapan yg diberikan terlalu tinggi. Jikalau terjadi pekara sebegini, boleh menyebabkan org yg amat menyayangi beliau terluka. Harap2 bukan beliau

    BalasPadam
  9. kalau kita melihat pun dah berduka, apatah lagi ibu dan bapanya. kan. moga Allah memberi hidayah kepadanya dan kita semua. amin.

    BalasPadam
  10. Sallam En Zul,

    Mereka ni sebenarnya terkena kejutan budaya,
    Maklumlah masa di Malaysia asik belajar saja,
    bila dah berada diluar negara beban belajar munkin dah berkurangan, cabaran untuk perkara2 begini pula hebat2 belaka, jiwa yang kosong dan masih terlalu bersih memang mudah sangat terpengaruh.

    Harap2 amalina cepat2 kembali kepangkal jalan dan dapat menghabiskan pelajarannya dengan kejayaan yang cemerlang demi ibu ayah dia dan negara amnya. Kalau dia nak kawin dengan mat saleh tu, itu hak dia.

    BalasPadam
  11. sedih dan mengaibkan.contoh terbaik bangsa melayu hanyut di barat.harap bakal terdapat pihak yang sanggup menyelamatkannya.

    BalasPadam
  12. slm en.zul...dh bekpes ke?? sy mkn pulut panggang hrni...

    hurm..harap2 bkn dia la...dan sekiranya gadis itu ialah dia...sy juga doakan dia sedar dan kembali ke pangkal jalan..amin...

    BalasPadam
  13. memang dia salah, pasti dia malu..kepada blogger2, saya nasihatkan, tulis cerita sahaja, tak payah letak gambar dia sebab itu dah kira mengaibkan dia..tunjukkan aurat dia..dia sendiri dah malu tu..jangan tambahkan lagi..

    BalasPadam
  14. ermmm...siapa yang nak disalahkan?
    cuba kita sama2 fikirkan...agar perkara2 camni xkan berlaku lagi..bukan setakat camni jer,ade yg kuar islam tu,lagi haru..kena ada perubahan,orang sekarang mana ada takut dah dengan hukum yang manusia buat ni...tak sedar2 lagi ker...aku tak nak campur,aku nak ikut Quran dan Hadis...Korang?

    BalasPadam
  15. salam tahun baru bro zul! :) ada juga terbaca mengenai amalina ni, semoga dia kembali ke jalan Allah, aminnn :)

    BalasPadam
  16. assalam zulkbo

    x boleh nak kata apa2. belum comfirm gambar tu yg empunya diri. zaman cyber ni mcam2 hal yg diluar pemikiran boleh berlaku.

    BalasPadam
  17. perkara yang tak jelas boleh mendatangkan fitnah,mengaibkan seluruh keluarga beliau.sama -sama kita mohon agar perkara tidak baik padanya di jauhi.

    BalasPadam
  18. kami berdoa semoga pic itu bukanlah dia..amiinnnnn

    BalasPadam
  19. adeh... mula baca biografi sedap je... harap jangan la dia tu, pemegang anugerah maulidur rasul!

    BalasPadam
  20. Air surut air pasang,
    Keluarlah sudah pelbagai amaran,
    Jerat Yahudi sudah dipasang,
    Umat Islam menjadi sasaran.

    BalasPadam
  21. harap2 gambar itu bukan dia, tetapi jika benarlah, diharapkan dia mendapat hidayah dan kembali ke pangkal jalan.. iman tak dapat diwarisi..

    BalasPadam
  22. alahai..dah tak terkomen ..

    BalasPadam
  23. Menjadi-jadi pulak ye,dulu suffiya,kemudian ARIFF ALFIAN ROSLI,then !!!! hairan ,minta2 pic tu bukan dia punye

    BalasPadam
  24. sedangkan pantai pun berubah nikan pula hati manusia.....

    BalasPadam
  25. Jangan kita buka aib dia lagi, ayuh kita semua doakan hidayah untuk dia, keluarga dia, diri kita, keluarga kita, dan seluruh umat agar kita semua selamat di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  26. Bagi saya, entry dan gambar yg keluar di intenet bukan nak memalukan dia tapi sekurang2nya dia sedar kesilapan dia. Ramai yg sygkan dia....

    BalasPadam
  27. Harapan saya beliau sedar dan kembali ke pangkal jalan.

    BalasPadam
  28. salam
    kita sentiasa mengharapkan perubahan dalam hidup
    berubah menjadi semakin baik selamanya

    BalasPadam
  29. Salam ziarah,kalau betul lah apa yang dikhabarkan ini adalah amat malang bagi kita umat melayu islam
    yang kini sudah rosak akidahnya kerana terlalu memuja ilmu duniawi semata-mata untuk mengharap sanjungan dan inilah kesannya kepada sesiapa sahaja bila memandang remeh terhadap pegangan agama dan apatah pada ilmunya...

    BalasPadam
  30. kakyong berharap ianya pelanduk 2 serupa...

    di FB yg Amalina tu.. khabarnya fake, bukan yg betul.. hrp2 Amalina yg betul tampil membuat penjelasan.. sayang kan permata negara jd mcm ni..

    BalasPadam
  31. aku harap dia berubah. cuma aku kesian dengan mak abah dia..dia masih tanggungjawab mak abah dia..so. mak abah dia kena nasihat..

    BalasPadam
  32. Apa bezanya mereka yang belajar kat sini....ada gambar lagi teruk...soal iman hanya Allah S.T. Yang Maha Mengetahui...bukan urusan manusia....kita hanya melihat luaran je...jangan la kita hanya tahu kutuk je...

    BalasPadam
  33. Semoga kite semua jadi umat Islam yang sebenarnye. Amin...gambar tu amik dr mana? ade yg cite, akaun FB dia siap tutup lagi dsebabkan cerita2 ni..huhu..kesian2..doakan yg baik2 je..Amin

    BalasPadam
  34. saya merasa sedih melihat gambar-gambar tu kerana ia adalah permata negara yang hilang punca

    BalasPadam
  35. KAU ORANG TAK TENGOK YOUTUBE DIA KE....?

    BalasPadam
  36. Itulah tokoh maal hijrah. Tarik balik gelaran itu, kerana ia memalukan 'Hijrah' tersebut. Berubah kepada sesat.

    BalasPadam
  37. entah laaaaaa.....kita tunggu dan lihat jea lah

    BalasPadam

PERKONGSIAN MENARIK LAMAN BLOG LAIN JANGAN LUPA BACA

Carian Blog