Download Google Currents Untuk Pengguna Tablet Dan Telefon Pintar




Google semalam melancarkan kandungan digitalnya bagi format majalah untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet komputer yang dikenali sebagai Currents dan ianya boleh di muat turun (download) secara percuma oleh semua pengguna yang menginginkan kemudahan majalah mobile online.





Ia mampu beroperasi menerusi semua perisian Android Google dan sistem operasi Apple, bagi produk iPhone dan iPad. Currents dibangunkan bagi menyaingi Flipboard, iaitu aplikasi paling popular kepada pengguna iPad dan Zite (dimiliki CNN Time Warner Inc) yang di lancarkan beberapa hari sebelumnya.

Google nampaknya cuba mengatasi Flipboard yang seolah memberi beberapa masalah buat penggunanya. Perbezaan ketara dua produk ini ialah Currents boleh di gunakan dalam Android dan Apple iOS devices, manakala Flipboard setakat ini hanya lebih kepada pengguna Apple iOS sahaja.

NOTA: Untuk pengetahuan semua, Google Currents belum lagi di lepaskan oleh Google buat  pengguna di Malaysia. Maka tak bolehlah nak download (muat turun) sekarang ye? Jadi tunggulah sedikit masa lagi, insyaallah.

 
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Disember 09, 2011

11 Komen:

  1. Aduhai,
    memang meleleh air liur
    tengok fon gaya macam tu,
    tapi apakan daya, duit mengering ;D

    BalasPadam
  2. @ahsfantasy24

    Alahai..
    doa saya menjadi milik anda
    satu hari nanti..insyaallah :)

    BalasPadam
  3. flipboard mmg terbaek...currents nie lum try lg

    BalasPadam
  4. @sahromnasrudin

    Ohh..dah ada pesaing nih..he he

    BalasPadam
  5. Assalam..
    Tau dia kata apa?
    This item not avilable in your country.
    Sekian,terima kasih.

    BalasPadam
  6. @Iza Teratak Usang
    W_salam..
    Besok lusa ada la tu..
    dont worried :)

    BalasPadam
  7. x leh donlod tepon cap ikan je :)

    BalasPadam
  8. @Anak Ulu Cheka

    Currents belum lagi di lepaskan oleh Google buat pengguna di Malaysia. Maka tak bolehlah nak download (muat turun) sekarang ye? Jadi tunggulah sedikit masa lagi, insyaallah.

    BalasPadam
  9. salam
    telan air liur je, bro
    gajet android belum ada pun lagi

    BalasPadam
  10. @tehr

    W_salam..
    nak kena beli juga satu nih
    tidak ketinggalan..he he..
    bonus nak keluar lagi tu Bro:)

    BalasPadam
  11. Orignality tidak ada semua developer cuba mengeluar apps yang lebih baik daripada Apple.

    BalasPadam